fbpx
Rumah Sri Mulyani diserbu orang ramai awal pagi tadi. - Instagram

Rumah Menteri Kewangan Indonesia diserbu penduduk, barangan dikebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Rumah Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati diserbu penduduk yang turut melarikan pelbagai barangan peribadi milik beliau di Bintaro, wilayah Banten, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Insiden bermula sekitar pukul 1.40 pagi (waktu tempatan).

Berdasarkan beberapa video tular di laman sosial, orang ramai dilihat membawa pebagai barangan keluar dari rumah tersebut.

Antara yang dilarikan adalah kerusi, balang dan lukisan.

Orang ramai dengan ada yang berjalan kaki dan menunggang motosikal, dilihat dengan mudah mengangkut barangan dari rumah dua tingkat tersebut.

Sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan), video lain yang dikongsikan menunjukkan sebilangan anggota tentera berada di lokasi rumah Sri Mulyani.

Laman berita Kumparan melaporkan, kediaman tersebut dijaga oleh anggota tentera sekitar pukul 6.50 pagi (waktu tempatan), manakala orang ramai sudah bersurai.

Sementara itu, Sri Mulyani dilaporkan tidak berada di rumahnya ketika kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN