fbpx
KUMPULAN penyelidik melakukan siasatan rekahan tahan yang berlaku di tanah kebun milik seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2, Segamat susulan kejadian gegaran gempa bumi lemah.

Gempa Segamat: Penyelidik siasat rekahan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor bersama Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakukan siasatan awal susulan rekahan tanah yang berlaku di kebun milik penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini.

Pengarah JMG Johor, Noorazhar Ngatimin turun ke lapangan hari ini dan turut serta terlibat dalam kajian subpermukaan menggunakan kaedah resistiviti di lokasi berlakunya rekahan tesebut.

Turut hadir Pengarah METMalaysia Johor, penyelidik UTM, pegawai Pejabat Daerah Segamat, penghulu dan ketua kampung.

Menurut JMG, kajian itu dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat awal di bawah permukaan kawasan yang terjejas dengan kejadian gempa bumi baru-baru ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan mengenai kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun belakang rumah penduduk dipercayai kesan daripada gegaran yang melanda daerah Segamat.

Penduduk yang bimbang sekiranya rekahan semakin membesar sekiranya gempa berulang memohon agensi berkaitan membuat penilaian segera di lokasi tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN