fbpx
BANGUNAN empat tingkat Icon Hotel tidak mengalami sebarang keretakan atau kerosakan akibat gegaran gempa bumi yang sudah enam kali berlaku di Segamat.

Gempa Segamat: Hotel tetap penuh, masih jadi destinasi pilihan bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Tempahan hotel di sekitar daerah ini penuh dan masih menjadi pilihan pelancong luar sempena cuti Hari Kebangsaan ke-68 meskipun beberapa siri gempa bumi lemah melanda Segamat sejak 24 Ogos lalu.

Menurut kakitangan Icon Hotel, Juwarriah Hamat, 40, tempahan bilik masih lagi rancak dan setakat ini tiada sebarang pembatalan dibuat oleh pelanggan.

“Pelancong masih memilih Segamat sebagai destinasi untuk dilawati dan tiada pembatalan bilik hotel dibuat oleh mereka walaupun berlaku gegaran di daerah ini pada minggu lalu.

“Keadaan ini sangat melegakan kami yang menjalankan operasi perhotelan. Ini menunjukkan pelancong luar masih lagi yakin dengan Segamat dan masih lagi selamat berada di sini.

“Ada tetamu yang merasai gegaran gempa bumi sewaktu menginap di sini. Kami memberikan penerangan dan mereka nampak lega kerana gegaran tersebut hanya berlaku dalam masa beberapa saat,” katanya ketika ditemui di Bandar Utama, di sini hari ini.

Menurut Juwarriah, ada pelanggan yang turun ke lobi sewaktu berlakunya kejadian gempa tersebut dan kembali semula ke bilik masing-masing selepas keadaan sekeliling dijamin selamat.

“Pihak kami sentiasa mengutamakan keselamatan para pelanggan di sini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI