fbpx
Jumaat (dua dari kanan) memasang Jalur Gemilang di rumahnya di Kampung Redip, Pos Hau, Gua Musang semalam.

‘Kami guna duit tabung beli Jalur Gemilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Redip, Pos Hau di sini, bersepakat menggunakan duit tabung untuk membeli Jalur Gemilang dan menganjurkan aktiviti yang membangkitkan semangat patriotik sempena sam­butan Hari Kebangsaan.

Seorang penduduk, Suzi Semai, 31, berkata, penduduk secara sukarela telah mengumpul wang untuk membeli Jalur Gemilang sejak sebulan lalu sebelum memasangnya di kawasan rumah dan jalan kampung bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Katanya, ambang Hari Kebangsaan akan diadakan di kawasan perkampungan mereka dengan penglibatan seluruh komuniti kampung.

“Meskipun tinggal jauh di kawasan pedalaman, kami sanggup menabung bagi memastikan Jalur Gemilang dapat dipasang di kawasan rumah seperti di kawasan bandar.

“Pada malam 30 Ogos, kami juga tidak ketinggalan mengadakan majlis ambang Hari Kebangsaan. Kami adakan pelbagai aktiviti termasuk nyanyian lagu patriotik dan sukaneka bagi merapatkan hubungan bersama penduduk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jela Along, 49, berkata, dia tidak kisah membelanjakan sedikit wang hasil menoreh getah untuk dimasukkan ke dalam tabung kampung sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Katanya, walaupun jarak perkampungannya lebih 80 kilometer dari bandar Gua Musang, penduduk tetap bersemangat menyemarakkan Hari Kebangsaan.

“Kami sedar nikmat keamanan yang ada sekarang merupakan perjuangan pemimpin terdahulu.

“Oleh itu, kami sanggup mengeluarkan sedikit wang dan menabung bagi memastikan Jalur Gemilang dapat dipasang di kawasan rumah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Hau, Jumaat Arom berkata, penduduk Kampung Redip mengumpul wang hampir RM500 setiap tahun untuk membeli bendera dan mengadakan aktiviti Hari Kebangsaan.

“Aktiviti menabung, membeli dan me­ngibar bendera ini ­hanyalah usaha kecil kami sebagai rakyat berbanding pejuang dahulu yang menitis keringat dan darah untuk mempertahankan negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN