fbpx
Tangkap layar menunjukkan wanita itu berdiri di tengah jalan pada waktu malam. 

Wanita berpakaian hitam berdiri tengah jalan waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dirakam berdiri di tengah jalan raya dan cuba menghalang kenderaan yang melalui laluan tersebut, lapor portal berita Banjarmasin. 

Kejadian berlaku di Kota Banjarbaru, wilayah Kalimantan Selatan baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @beritainformasikal menunjukkan wanita terbabit berdiri tengah jalan pada waktu malam. 

Situasi bertambah cemas apabila dia memakai pakaian berwarna hitam yang mampu menimbulkan risiko kemalangan. 

Masih belum jelas mengapa dia berbuat sedemikian. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 47,300 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Bukan rakam tapi tolong dia!” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN