fbpx
Anggota bomba menjumpai mayat mangsa di kawasan berpasir semasa menjalankan rondaan di Sungai Kelantan dekat Kampung Sat, Tanah Merah hari ini. - Foto JBPM

Mayat juruteknik lemas dijumpai lepas lebih 34 jam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Mayat seorang juruteknik yang lemas semasa menyelamatkan anaknya yang tergelincir dalam Sungai Kelantan di Kampung Sat dekat sini kelmarin dijumpai terapung di sungai tersebut hari ini selepas lebih 34 jam hilang.

Mayat Mohd.Saifuldin Ramli, 46, ditemukan di atas kawasan berpasir oleh anggota bomba pada pukul 7.42 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira 400 meter dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang semasa anggota bomba menjalankan rondaan dengan menaiki bot.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa naik ke atas bot sebelum diserahkan kepada pihak polis unyuk tindakan lanjut.

Sementara itu, adik mangsa, Rashida Ramli, 40, berkata, ahli keluarga dimaklumkan berhubung penemuan jasad abangnya kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.

“Meskipun abang meninggal dunia, kami bersyukur apabila jasadnya dijumpai. Saya dalam perjalanan ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk membuat pengecaman jenazah.

“Saya mewakili keluarga berterima kasih kepada semua pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang menjalankan operasi mencari abang sehingga dijumpai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI