fbpx
JAKOBSEN (tengah) pernah menjuarai satu peringkat TdF dan Vuelta a Espana ketika mewakili Soudal Quick-step sebelum ini.

LTdL25: Jakobsen taruhan Picnic PostNL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA sensasi Belanda, Fabio Jakobsen bakal mengetuai cabaran pasukan World Team, Team Picnic PostNL menjelang perlumbaan Le Tour de Langkawi 2025 (LTdL25) yang akan berlangsung dari 28 September ini hingga 5 Oktober depan.

Biarpun tidak menurunkan juara keseluruhan tahun lalu, Max Poole, namun Picnic PostNL tetap menurunkan pelumba ‘kelas A’ seperti Jakobsen yang pernah memenangi satu peringkat perlumbaan Tour de France (TdF) dan Vuelta a Espana.

Ketua Pegawai Operasi (COO) PLTdL25, Emir Abdul Jalal menyifatkan ketiadaan Poole sebagai satu kehilangan, namun kehadiran Jakobsen sedikit sebanyak menebus senario itu, lebih-lebih lagi dia diakui antara pakar pecut handalan dunia.

“Jakobsen adalah nama yang cukup besar kerana dia pernah memenangi satu peringkat di Tour de France dan lima peringkat di Vuelta a Espana termasuk memenangi jersi Raja Pecut Vuelta pada 2021.

“Dengan koleksi 46 kemenangan sepanjang kariernya setakat ini termasuk di TdF dan Vuelta, Picnic PostNL dilihat tampil dengan sasaran kemenangan peringkat pada penampilan kali kedua pasukan itu kali ini.

“Rakan sepasukannya, (Bram) Welten juga mempunyai pengalaman luas dan mampu menarik laju ke bahagian depan peloton sebelum membuka ruang untuk henjutan terakhir. Malah Welten sendiri mampu untuk mencipta kemenangan peringkat,” kata Emir.

Picnic PostNL hanya mengekalkan satu nama daripada senarai enam pelumba tahun lalu iaitu Bjorn Koerdl dan pasukan itu kini mengharapkan pengalaman luas Jakobsen sebagai pakar pecut lebih-lebih lagi di laluan landai.

Pastinya, pelumba 29 tahun dari Heukelum, Belanda itu mengharapkan bantuan daripada Welten dan seorang lagi rakan sepasukannya, Dilion Corkery yang boleh memecut laju dalam henjutan terakhir ketika berdepan pakar pecut handalan daripada pasukan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI