fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV sebuah rumah penduduk susulan kejadian gempa bumi lemah di Segamat, Johor.

[VIDEO] Gempa Segamat: ‘Ingat hantu kacau bergegar katil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Disangka gangguan hantu, rupa-rupanya gempa bumi. Itu antara reaksi penduduk susulan kejadian gempa bumi lemah di Segamat, Johor pada subuh tadi.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pengguna Thread Wawabluetory memaklumkan, dia terjaga daripada tidur pada pagi tadi selepas katilnya bergegar yang disangka gangguan makhluk halus.

“Ingatkan hantau kacau tadi. Bergegar katil terus bangun,” katanya.

Seorang pengguna Facebook She Syaedora meninggalkan komen pada satu hantaran memaklumkan, dia menggigil selepas gegaran gempa bumi lemah berkenaan.

“Menggigil tangan, mulut dok mengucap. Tambah-tambah pula ada masalah jantung. Tengah taip ni pun tangan ketar lagi,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook Ibrahim Embam Poksu Braim meninggalkan komen bahawa ketika kejadian, dia sedang solat subuh berjemaah di surau.

“Ia berlaku ketika kami jemaah Surau Kampung Berata di Segamat sedang sujud,” katanya.

Pengguna Facebook, F Luna Faidza pula menyangka gegaran berkenaan berpunca daripada lori melangggar rumahnya, namun rupa-rupanya adalah gempa bumi.

“Betul, ingat lori langgar rumah sebab rumah tepi jalan. Terbangun terus kejut solat subuh. Segamat dilanda gempa bumi, semoga Segamat dilindungi,” katanya.

Kosmo! melaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan beberapa kejadian gegaran gempa bumi lemah berlaku di beberapa lokasi di sekitar daerah Segamat berukuran 4.1 magnitud pukul 6.13 pagi hari ini.

Gegaran berlaku di 5 kilometer (km) barat dari pusat bandar Segamat dengan kedalaman 10 km serta boleh dirasai kebanyakan kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang. – KOSMO! ONLINE

@official_bob75 kuasa allah gempa bumi #segamatjohor #bandarsegamat #johorbahru #berandafypシviral #pyfツviral ♬ original sound – official_bob75

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI