fbpx
Saat berhadapan dengan individu narsistik, seeloknya tanpa emosi. - Gambar hiasan

Ini cara berdepan orang toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu teknik mudah dan berkesan apabila berhadapan dengan individu narsistik ialah menjawab segala persoalannya atau perbualan dengan ringkas selain tidak memberi sebarang emosi.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu perkongsian di X memaklumkan, kaedah berkenaan dikenali ‘Grey rock technique’ atau batu kelabu.

Katanya, teknik itu menyarankan individu supaya menjadi neutral, tenang dan membosankan ketika berhadapan dengan orang toksik atau yang suka memanipulasi emosi.

“Jawab dengan ringkas, jangan beri reaksi emosi, dan elakkan berkongsi cerita peribadi,” katanya.

Poster yang dimuat naik oleh PHM.

PHM turut menjelaskan bahawa apabila seseorang gagal mendapatkan reaksi yang diingini, mereka biasanya akan hilang minat untuk terus mengganggu.

“Contoh mudah: bila mereka berkata sesuatu yang menjengkelkan, jawapan anda cukup dengan ‘Oh’, ‘ic’, ‘baik’, ‘ok’. Ringkas, tanpa emosi.”

Selain itu, orang ramai turut dinasihati agar individu menetapkan sempadan dan sentiasa mengakhiri perbualan dengan kawalan.

“Ingat, anda tidak boleh mengubah sikap mereka, tetapi anda boleh mengawal cara anda bertindak,” katanya – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI