fbpx
Ketiga-tiga tertuduh dibawa anggota polis ke Mahkamah Kuala Selangor, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

Dua lelaki rompak guna senjata tiruan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Dua lelaki termasuk seorang pelajar institusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak menggunakan senjata tiruan dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Taufiq Haiqal Edi Fazlee, 22, dan Muhammad Ezkil Mohamad Nor, 29, yang berdepan dua pertuduhan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa merompak wang tunai milik lelaki dan wanita tempatan masing-masing berjumlah RM700 dan RM600.

Perbuatan itu dilakukan di dua premis perniagaan di Pasir Penambang dan Tanjong Karang pada pukul 5.30 pagi, 5 Ogos dan 6.45 pagi, 6 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azamuddin Razak dan Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.

Peguam S. Muthuveeran yang mewakili dua tertuduh dalam mitigasinya memohon pengurangan jaminan dengan alasan anak guamnya merupakan penuntut institusi kemahiran dan pekerja swasta.

Nurul Mardhiah kemudian membenarkan masing-masing diikat jamin RM10,000 dan RM8,000 dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 September ini.

Sementara itu, Muhammad Taufiq turut berdepan satu lagi pertuduhan bersama Abdul Hanif Abdul Rahim, 27, di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.

Mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri beg tangan wanita tempatan dalam sebuah kedai di Bukit Rotan pada pukul 2.13 petang, 31 Julai lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI