fbpx
Seorang penduduk menunjukkan lokasi tanah runtuh di kawasan cerun di Jalan Paya Terubong, petang tadi.

Tiada mangsa terlibat tanah runtuh di Paya Terubong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tiada mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran sebuah rumah di Jalan Paya Terubong, Ayer Itam, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.41 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dikejarkan ke lokasi.

“Runtuhan melibatkan kawasan seluas 20.90 meter persegi di kawasan cerun berhampiran rumah penduduk,” katanya di sini, hari ini.

Operasi turut disertai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR), pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan pejabat penghulu.

”Operasi tamat pada pukul 5.10 petang. Kes diserahkan kepada pihak polis dan JKR untuk pemantauan dan tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI