fbpx
Antara Pati yang ditahan dalam dalam Ops Sapu yang dijalankan oleh JIM Sarawak ke atas sebuah ladang di Kampung Pasir Hilir, Lundu.

Penduduk Lundu bantu imigresen serbu PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUNDU – Seramai 47 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam serbuan ke atas sebuah ladang di Kampung Pasir Hilir di sini, hasil maklumat orang awam.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 39 lelaki dan lapan wanita dicekup dalam Ops Sapu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

Menurut JIM Sarawak, kesemua mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa daripada yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu turut menyifatkan, tindakan pantas Imigresen dalam bertindak ke atas maklumat awam menunjukkan komitmen berterusan mereka dalam membanteras isu Pati di Sarawak.

“Pihak imigresen ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang bekerjasama dengan memberikan maklumat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI