fbpx
MUMBAI adalah bandar kelima paling ramai penduduk di dunia dengan hampir 13 juta orang.

5 bandar terbising di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENCEMARAN air dan udara seringkali diperkatakan tetapi bagaimana pula dengan pencemaran bunyi? Hakikatnya ia bukan sahaja mendatangkan kebisingan tetapi boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan jika terdedah terlalu lama.

Ini termasuk menyebabkan tekanan mental dan serangan jantung, malah lebih teruk boleh meragut nyawa dan deria pendengaran. Oleh itu, pencemaran bunyi ini tidak boleh dipandang enteng serta memerlukan kesedaran daripada masyarakat dan juga pelaksanaan undang-undang yang ketat.

Justeru, CitaRasa pada minggu ini kongsikan lima bandar yang mempunyai indeks pencemaran bunyi tertinggi di dunia seperti dilaporkan oleh Citiquiet.

1. Mumbai, India

JUGA dikenali sebagai Bombay, Mumbai adalah bandar kelima paling ramai penduduk di dunia dengan hampir 13 juta orang. Dikenali sebagai tempat dunia hiburan, fesyen komersial dan modal kewangan India, trafik bandar Mumbai yang teruk dan penduduk terlalu padat menyebabkan bunyi lebih 100 desibel (dB).

Sekali gus, telah diisytiharkan sebagai bandar paling bising di dunia dalam satu kajian. Punca keadaan itu terjadi adalah disebabkan oleh pembinaan yang berterusan, pembesar suara, mercun, perayaan, hon beca dan teksi.

2. Kolkata, India

DAHULU dikenali sebagai Calcutta, ibu kota negeri Bengal Barat di India ini mempunyai populasi sekitar 4.5 juta orang dan merupakan pusat industri pemprosesan jut di India iaitu gentian tumbuhan yang boleh ditenun menjadi tali dan beg.

Kilang-kilang besar menjadikan persekitarannya sangat bising.Tribunal Hijau Kebangsaan baru sahaja melonggarkan peraturan bagi tembakan mercun yang juga merupakan sumbangan bunyi terbesar di bandar ini yang mampu mencapai lebih 100dB pada musim perayaan.

Pun begitu, peraturan tersebut akan dipertimbangkan semula apabila kajian bunyi baharu dijalankan di bandar itu dijangka berlaku tahun ini. Pun begitu, mungkin tiada bezanya kerana polis jarang mengambil sebarang tindakan ke atas mercun melebihi tahap bunyi yang dibenarkan.

KAHERAH terkenal dengan kehidupan 24 jam sehari dan pencemaran bunyi menjadi begitu teruk sehingga dilaporkan menyebabkan beberapa kematian penduduk di situ.

3. Kaherah, Mesir

24 jam sehari dan pencemaran bunyi menjadi begitu teruk sehingga dilaporkan menyebabkan beberapa kematian penduduk di situ.

Menurut satu artikel, kematian itu disebabkan oleh pengumpulan hormon tekanan, keradangan dan perubahan dalam kimia badan yang akhirnya membawa kepada beberapa masalah seperti peredaran darah terjejas dan serangan jantung pada sesetengah orang.

Purata tahap kebisingan di bandar tersebut pada pukul 7.30 pagi ialah 90 dB. 

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menyatakan tahap bunyi yang boleh diterima adalah sekitar 35dB hingga 55dB.

4. Delhi, India

SEBAGAI ibu kota politik India, Delhi adalah rumah kepada lebih 18 juta orang dan jumlah ini dijangka terus meningkat.

Tahap kebisingan di bandar ini telah mendatangkan bahaya dan traumatik. Malah, telah menyebabkan kehilangan pendengaran kepada penduduk berusia seawal 15 tahun.

Dalam kajian baru-baru ini, tidak satu pun kawasan di Delhi melepasi piawaian kawalan bunyi oleh Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB). Kebisingan lalu lintas telah menjejaskan mereka yang berada di dalam bangunan bertingkat, bukan hanya di luar atau di jalanan.

Walaupun ramai pegawai cuba menyelesaikan masalah itu, pencemaran asap dan udara sangat teruk sehingga pencemaran bunyi sering diabaikan biarpun mencecah 85dB.

SEBAHAGIAN besar bunyi bising di Tokyo berpunca daripada kerja pembinaan diikuti oleh mesej pembesar suara awam, kilang, aktiviti komersial dan kehidupan domestik.

5. Tokyo, Jepun

WILAYAH metropolitan Tokyo adalah sebahagian daripada kawasan paling ramai penduduk di dunia dengan kira-kira 35 juta orang.

Walaupun Tokyo terkenal sebagai salah satu peneraju dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, bandar itu tidak terkecuali menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan pencemaran bunyi.

Sebahagian besar bunyi bising berpunca daripada kerja pembinaan diikuti oleh mesej pembesar suara awam, kilang, aktiviti komersial dan kehidupan domestik.

Namun, tidak seperti kebanyakan bandar lain, pengangkutan hanya menyumbang 10 peratus daripada pencemaran bunyi di kota ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN