fbpx
SABALENKA

Sabalenka kempunan pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CINCINNATI – Impian Aryna Sabalenka untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Cincinnati lebur selepas dikejutkan dengan kekalahan ke atas Elena Rybakina di pentas suku akhir awal pagi tadi.

Rybakina tidak memberi ruang kepada juara bertahan itu apabila melakar kemenangan straight set 6-1, 6-4 hasil pukulan servis yang cukup bertenaga.

Bintang tenis Kazakhstan berusia 26 tahun itu berjaya melakukan 11 pukulan ace dan turut memenangi 81 peratus mata daripada servis pertama selain menyelamatkan lima break point sepanjang perlawanan.

Kejayaan itu juga menyaksikan Rybakina menambah rekod positif dengan lima kemenangan daripada 12 pertemuan menentang Sabalenka.

“Saya gembira dengan pukulan servis, itu kunci utama hari ini. Harap saya dapat kekalkan rentak ini,” kata Rybakina yang kini mara ke separuh akhir buat kali pertama di Cincinnati.

Di separuh akhir, Rybakina bakal berdepan juara Grand Slam enam kali, Iga Swiatek yang turut tampil agresif menyingkirkan Anna Kalinskaya 6-3, 6-4.

Kejayaan itu menamatkan kemarau 15 bulan tanpa aksi empat terbaik WTA 1000 buat pemain Poland berusia 24 tahun tersebut.

Sementara itu, Veronika Kudermetova mara selepas mudah mengetepikan rakan senegara, Varvara Gracheva 6-1, 6-2.

Dalam saingan lelaki, Carlos Alcaraz pula terus garang apabila mengatasi Andrey Rublev 6-3, 4-6, 7-5 untuk melangkah ke pentas separuh akhir.

Juara Grand Slam lima kali itu perlu melakukan persiapan terbaik memandangkan dia bakal berdepan pemain pilihan ketiga, Alexander Zverev hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI