fbpx
MetMalaysia dan Curtin University memeterai MoU kerjasama strategik pada 8 Ogos lalu

Kerjasama strategik MetMalaysia, Curtin University pertingkat ramalan bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Curtin University Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melanjutkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan pembangunan meteorologi.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, kerjasama strategik itu dijangka akan meningkatkan pemantauan dan pemahaman iklim, memperbaiki ramalan bahaya serta sistem amaran awal dan memperkukuh daya tahan iklim di seluruh Malaysia dan ASEAN.

“Usaha ini akan membawa kepada penemuan baharu dan aplikasi praktikal yang memberi manfaat kepada komuniti dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi yang mampan,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan pemeteraian MoU itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip dan Pro Naib Canselor dan Ketua Eksekutif Curtin University Malaysia, Prof. Vincent Lee Chieng Chen pada 8 Ogos lalu.

Menurut MetMalaysia, kerjasama itu merupakan kesinambungan dari MoU pertama yang ditandatangani pada 4 Julai 2022 dan berakhir pada 4 Julai 2024.

Kata MetMalaysia, Mohd Hisham dalam ucapannya menyatakan bahawa pelaksanaan MOU sebelum ini adalah satu kejayaan yang memberangsangkan dan memanfaatkan sinergi antara kepakaran operasi MetMalaysia dan keupayaan penyelidikan akademik Curtin University. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI