fbpx
Gambar hiasan.

Bukit Aman siasat pegawai penyiasat kes Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan terhadap pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes Zara Qairina Mahathir.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya kini sudah menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“JIPS ada menjalankan siasatan (berhubung ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian Zara Qairina),”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas sama ada siasatan membabitkan penyelia iaitu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Hamzah berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar dilaporkan berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas pegawai penyiasat dan penyelianya susulan hasil siasatan pasukan Bukit Aman mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian remaja itu.

Pasukan terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota itu dihantar ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina.

Zara Qairina, 13, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama kira-kira pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital oleh pihak sekolah.

Pada 9 Ogos lalu, mayat Zara Qairina digali semula dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat dan dikebumikan semula pada keesokkan harinya di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI