fbpx
Gambar hiasan. - Canva/Pexels

Perompak gigit jari, ‘terambil’ duit palsu RM283,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Tiga perompak di Taiwan terpaksa berputih mata apabila hampir keseluruhan wang kertas berjumlah NT$2 juta (RM283,000) yang dirompak daripada seorang lelaki ternyata cuma duit palsu, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Ketiga-tiga suspek dikenali sebagai Huang, Wang dan Lan menyasarkan mangsa bernama Tsai di sebuah kedai serbaneka.

Sebaik sahaja mangsa memasuki premis tersebut, mereka segera melarikan beg galas yang dipakainya sebelum melarikan diri.

Semasa dalam perjalanan, mereka terkejut apabila mendapati bahawa cuma wang sebanyak NT$2,000 (RM283) adalah tulen, manakala selebihnya palsu. 

Mereka membelanjakan sebahagian wang tulen tersebut di kawasan Rehat & Rawat (RNR) Qingshui sebelum ditahan polis di Lebuhraya Kebangsaan No. 3 dalam daerah Yunlin. 

Ketiga-tiga suspek nekad melemparkan wang palsu daripada kereta lalu melarikan diri daripada sekatan jalan raya. 

Polis tempatan berkata, kumpulan itu berjaya dikesan dan diberkas di bandar Kaohsiung selepas mangsa membuat laporan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI