fbpx
BARISAN pemain SSTMI Juniors meraikan kejayaan mereka menjuarai Divisyen 2 MJHL 2025 menewaskan N. Sembilan semalam. - MHC

SSTMI Juniors naik pangkat Divisyen 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Juniors menebus kekecewaan musim lalu apabila menjulang gelaran juara Divisyen 2 Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2025 selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-1 menerusi penentuan penalti shoot-out semalam.

Kejayaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu mengesahkan SSTMI ke Divisyen 1 musim depan, selain meraih tiket suku akhir Piala TNB 2025 yang akan bermula 19 Ogos ini.

N. Sembilan yang muncul naib juara juga akan beraksi di Divisyen 1 pada musim 2026.

Kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas 60 minit permainan sebelum SSTMI memastikan kemenangan menerusi penentuan penalti shoot-out hasil ketangkasan penjaga gol menafikan tiga percubaan lawan.

Penolong jurulatih SSTMI, Muhammad Haizzat Noor Azmi bersyukur dengan pencapaian itu yang disifatkan sebagai bukti kebangkitan pasukannya selepas terpaksa beraksi di Divisyen 2 musim ini.

“Syukur kerana kami mencapai sasaran utama kembali ke Divisyen 1. Perlawanan ini banyak peluang yang kami lepaskan dan ada kesilapan terutama di pertahanan tetapi pemain bangkit untuk mengheret permainan ke penentuan penalti,” katanya.

Menurutnya, kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk mempersiapkan pasukan menghadapi cabaran lebih besar dalam Divisyen 1 dan Piala TNB, selain memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti sepanjang musim ini.

“Kami akan buat persiapan lebih rapi kerana saingan Divisyen 1 sangat berbeza. Fokus kami kini adalah memperkukuh kekuatan pasukan dari semua aspek,” ujarnya.

SSTMI Juniors pernah beraksi di Divisyen 1 sebelum diturunkan ke Divisyen 2 musim ini dan kejayaan kali ini menyemarakkan harapan mereka untuk layak ke separuh akhir Piala TNB bersama pasukan ‘abang’, SSTMI Thunderbolts. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI