fbpx

Misi juara berganda SSBJ Thunderbolts tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SSBJ Thunderbolts meraikan kejayan menjuarai saingan Divisyen Satu MJHL dan Piala TNB musim ini. - MHC

PETALING JAYA – Ketua jurulatih SSBJ Thunderbolts, Lokman Yahya amat berterima kasih kepada barisan pemain dan kejurulatihan kerana berjaya mencapai sasaran muncul juara berganda dalam kempen Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) musim ini.

SSBJ Thunderbolts merangkul kejuaraan pertama selepas mengungguli saingan Divisyen Satu MJHL sekali gus mempertahankan gelaran dimenangi tahun lalu.

Kecemerlangan itu diteruskan dalam saingan Piala TNB dengan menewaskan SMKDBL PHJ-MSNJ 4-2 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 2-2 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

“Alhamdulillah pasukan berjaya mencapai sasaran untuk mendapatkan dua piala tahun ini. Saya berterima kasih kepada para pemain kerana bermain dengan baik dan mengikut perancangan pasukan.

“Pasukan SMKDBL juga sangat bagus tetapi kami berjaya mengekang serangan mereka. Apabila sampai ke shoot-out, pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan menang.

“Tahniah juga kepada penjaga gol saya kerana berjaya menyelamat dua shoot-out hari ini (semalam),” katanya selepas tamat perlawanan akhir tersebut.

SSBJ Thunderbolt diberikan tentangan hebat daripada SMKDBL yang dibimbing Mohd. Nor Aqmal Abdul Gaffar apabila bangkit menyamakan kedudukan sebanyak dua kali sepanjang 60 minit aksi final itu.

Dua gol SSBJ Thunderbolt dijaringkan oleh Muhammad Amirul Haniff Mamat (m-6) dan Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar pada minit ke-47.

SMKDBL selaku juara Divisyen Dua MJHL 2022 pula mendapat dua gol menerusi T. Perabu dan Haziq Haiqal Daus masing-masing pada minit ke-40 serta m-49.

Kegagalan dua pemain SMKDBL, Muhammad Nazrim Muslim dan Muhammad Zamirul Hisham Romizambry menyudahkan shoot-out membolehkan SSBJ Thunderbolts bergelar juara selepas menyempurnakan empat daripada lima percubaan dalam penentuan itu.

Tempat ketiga Piala TNB menjadi milik AHP-SSP-MSP Thunderbolts selepas menewaskan SSTMI Thundebolts 3-2 pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, SSTMI-PKS Uniten muncul juara kategori wanita selepas menewaskan MBPJ Black Widow 2-1, manakala Wipers KLSS meraih tempat ketiga menerusi kemenangan 2-1 ke atas SSNP-MSP-PKS Uniten. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI