fbpx

SSBJ Thunderbolts juara Piala TNB 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SSBJ Thunderbolts muncul juara Piala TNB selepas menewaskan SMKDBL menerusi penentuan penalti shoot-out pada aksi final di Stadium Hoki Nasional malam tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – SSBJ Thunderbolts menepati ramalan apabila menjuarai Piala TNB selepas menewaskan SMKDBL PHJ-MSNJ 4-2 menerusi penalti shoot-out selepas terikat 2-2 pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan SSBJ Thunderbolts merangkul kejuaraan berganda musim ini selepas terdahulu menjuarai saingan Divisyen Satu Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2022.

Bagaimanapun, ia tidak diraih dengan mudah apabila skuad bimbingan Lokman Yahya itu dipaksa bekerja keras sehingga pemenang terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti shoot-out.

Ia selepas SMKDBL yang dikendalikan oleh Mohd. Nor Aqmal Abdul Gaffar berjaya bangkit menyamakan kedudukan sebanyak dua kali sepanjang 60 minit aksi final itu.

SSBJ Thunderbolts meledak gol pertama seawal minit keenam melalui Muhammad Amirul Haniff Mamat, namun SMKDBL berjaya menyamakan kedudukan menerusi Perabu Tangaraja pada minit ke-40.

Pasukan pilihan itu kembali mendahului hasil jaringan Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar pada minit ke-47 sebelum SMKDBL selaku juara Divisyen Dua MJHL 2022 sekali lagi bangkit mengikat kedudukan menerusi Haziq Haiqal Daus berselang dua minit kemudian.

PARA pemain SSBJ Thunderbolts meraikan kejayaan menjuarai Piala TNB di Stadium Hoki Nasional malam tadi. – MHC

Kegagalan dua pemain SMKDBL iaitu Muhammad Nazrim Muslim dan Muhammad Zamirul Hisham Romizambry menyudahkan penalti shoot-out membolehkan SSBJ Thunderbolts bergelar juara selepas menyempurnakan empat daripada lima percubaan dalam penentuan itu.

Tempat ketiga Piala TNB menjadi milik AHP-SSP-MSP Thunderbolts selepas menewaskan SSTMI Thundebolts 3-2 pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, SSTMI-PKS Uniten muncul juara kategori wanita selepas menewaskan MBPJ Black Widow 2-1, manakala Wipers KLSS meraih tempat ketiga menerusi kemenangan 2-1 ke atas SSNP-MSP-PKS Uniten. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI