fbpx
Gambar hiasan.

Remaja mengaku salah curi tiga baju ‘bundle’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri tiga baju terpakai (bundle) bernilai RM260 di sebuah kedai menjual pakaian, Sabtu lalu.

Tertuduh yang merupakan pesalah muda berusia 19 tahun membuat pengakuan bersalah tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 14 Oktober ini bagi laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri tiga helai kemeja-T jenama ‘X-Large’ yang kesemuanya bernilai RM260 di sebuah kedai menjual pakaian di sini pukul 2.29 petang pada 9 Ogos lalu yang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd. Rozi mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 sementara menunggu laporan akhlak daripada JKM kerana tertuduh merupakan pesalah muda.

Bagaimanapun peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhamad Nur Aiman Toharudin yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak bekerja dan masih bujang.

“Tertuduh merupakan pesalah muda. Justeru, saya mohon untuk mahkamah memberi jaminan yang rendah dan tidak bersifat hukuman,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI