fbpx
Pasukan SAR memasang jaring untuk memerangkap buaya ketika mencari mangsa. - SAR Sanana

Nenek hilang dipercayai jadi korban buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang warga emas di Kepulauan Sula, wilayah Maluku Utara hilang dipercayai dibaham buaya ketika mahu membuang air kecil, lapor laman berita Radar Malut semalam.

Mangsa, Nurbadi Panikfat, 60, dikatakan keluar ke bilik air berdekatan sebuah tasik berhampiran rumahnya pada pukul 6.10 pagi (waktu tempatan) semalam.

Komander Pos Unit Makluman Mencari dan Menyelamat (SAR) Sanana, Rizki Rifandi berkata, mangsa keluar dari rumah dan pergi ke tandas berhampiran tasik.

“Pada pukul 6.20 pagi (waktu tempatan), beberapa penduduk terdengar jeritan dari arah tasik Telaga Kabau. 

“Setibanya di lokasi kejadian, mereka melihat seekor buaya masuk ke dalam air, manakala mangsa tidak ditemui,” katanya.

Penduduk melakukan pencarian awal, namun mangsa gagal ditemukan. 

Keluarganya kemudian melaporkan kejadian itu kepada Unit Makluman SAR Sanana untuk mendapatkan bantuan.

Operasi pencarian giat dijalankan dan setakat ini, mangsa masih belum ditemukan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI