fbpx
Allahyarham Zara Qairina.

‘Video suara jerit minta tolong bukan Zara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Suara jeritan meminta tolong dalam sebuah video tular bukan suara milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Perkara itu disahkan oleh peguam keluarga Zara, Hamid Ismail.

“Ada tular di TikTok tentang video perempuan menjerit-jerit, itu bukan Zara. Ia adalah fitnah dan saya meminta orang awam agar tidak menyebarkan perkara seumpama itu.

“Sokonglah ibu Zara yang emosinya sedang tertekan ketika ini,” katanya kepada media di perkarangan Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Ahad.

Terdahulu, satu video tular di media sosial yang hanya mengandungi suara perempuan menjerit meminta tolong telah dikaitkan dengan kes kematian Zara.

Hamid juga sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta pengguna media sosial menghentikan penularan spekulasi, gambar, video dan maklumat peribadi pelajar sekolah yang dikaitkan dengan kes kematian Zara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN