fbpx
SEORANG wanita ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumahnya di Taman Seri Gamelan, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, malam tadi.

Lampu terang benderang, rupanya wanita sudah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Tindakan seorang remaja lelaki mengintai melalui tingkap rumah jirannya selepas panggilannya tidak berjawab membawa kepada penemuan mayat seorang wanita di Taman Seri Gamelan, Kuala Sungai Baru, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.44 malam itu, remaja berkenaan pada mulanya berasa hairan apabila mendapati lampu rumah mangsa masih menyala terang walaupun sudah lewat petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, remaja itu yang ketika itu dalam perjalanan untuk mengaji cuba memanggil penghuni rumah tersebut namun tidak bersahut sebelum menjenguk melalui tingkap.

“Dia terkejut melihat seorang wanita terbaring di lantai lalu segera menghubungi pihak berkuasa. Polis bersama bomba tiba tidak lama kemudian dan terpaksa memecahkan pintu sebelum menemui mangsa di ruang makan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai Wan Mahanim Wan Muhammad, 58, telah meninggal dunia.

“Pesara Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) itu tinggal sendirian, tidak pernah berkahwin dan difahamkan kurang sihat sejak pulang menunaikan umrah.

“Tiada kesan kecederaan atau unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN