fbpx
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam kejadian di Jalan Pantai Dalam, semalam.

14 rumah setinggan, empat kedai di Pantai Dalam musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 buah rumah setinggan serta empat premis kedai musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Pantai Dalam di sini, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL), pihaknya panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui talian MERS999 kira-kira pukul 11.11 malam.

Katanya, seramai 36 anggota serta tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah, Seputeh dan Sri Hartamas digerakkn ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja pasukan tiba di lokasi, didapati kebakaran telah memusnahkan sebahagian besar kawasan rumah setinggan.

“Sebanyak 14 buah rumah terlibat dalam insiden tersebut, dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, jelasnya, kebakaran turut merebak ke empat empat buah premis kedai berhampiran.

“Antara premis yang terjejas adalah
tingkat bawah Mydin Mart dengan anggaran kemusnahan 20 peratus manakala tingkat atas Pasar Raya Karnival yang terbakar sebanyak 100 peratus.

“Tiga kedai lain yang berhampiran turut terjejas dengan anggaran kemudnahan 90 peratus,” ujarnya.

Tambahnya, tiada mangsa terlibat dalam insiden ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN