fbpx
MOHD SHAFRY (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Legasi Media UTM kategori Jurufoto Terbaik kepada Raja Jaafar pada Malam Pemghargaan Media UTM 2025 di Hotel Impiana, Senai, Kulai, malam tadi.

Jurugambar Media Mulia menang dua anugerah Malam Penghargaan Media UTM 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Jurugambar sambilan Media Mulia Sdn. Bhd., Raja Jaafar Ali cemerlang menggondol dua anugerah utama pada majlis Malam Penghargaan Media Universiti Teknologi Malaysia (UTM) malam tadi.

Raja Jaafar dinobatkan pemenang utama kategori Anugerah Foto Terbaik menerusi karya bertajuk Thaqif Mahu Ubah Stigma Orang Asli yang disiarkan pada 20 November 2024.

Karya gambar itu memaparkan kegembiraan sebuah keluarga Orang Asli meraikan kejayaan anak mereka yang menamatkan pengajian sempena Konvokesyen UTM ke-68 di UTM Skudai.

Raja Jaafar turut memenangi Anugerah Liputan Terbaik Sains Teknologi media cetak menerusi laporan bertajuk Robot Bantu Ajar Pergerakan Kanan-kanak Austisme yang disiarkan pada 30 Disember 2024.

Berita ini disiarkan menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 30 Disember 2024 menceritakan kejayaan seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM mencipta anak patung robot dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Patung robot robot tersebut mampu meniru tingkah laku serta pemikiran manusia yang boleh menjadi alat meningkatkan daya kreativiti dan minda anak-anak austisme.

Beliau membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi serta sijil penghargaan.

Malam Penghargaan Media UTM 2025 itu diadakan di Impiana Hotel, Senai, di sini merupakan sebuah majlis makan malam eksklusif anjuran Pusat Komunikasi Korporat UTM bagi meraikan para pengamal media massa di Johor atas sumbangan signifikan mereka dalam membuat liputan berkaitan UTM.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim hadir memeriahkan majlis dan menyempurnakan simbolik penghargaan kepada para media yang selama ini menjadi rakan strategik universiti dalam menyampaikan berita serta naratif positif UTM kepada masyarakat.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI