fbpx
Gambar Hiasan

DM’ di Instagram trik influencer nak makan percuma?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dulu saya selalu lepak dengan seorang yang bergelar influencer (pempengaruh) ni tau. Pernah sekali saya lepak rumah dia, dia teringin nak makan vietnam rolls kuah hijau tu. Lepas tu, modus operandi dia, memang akan DM (mesej terus) menerusi Instagram ja walhal ada nombor Whatsapp.”

Itu pendedahan seorang wanita mengenai ‘modus operandi’ golongan pempengaruh yang ingin mendapatkan makanan secara percuma.

Katanya, dia turut mempersoalkan tindakan pempengaruh berkenaan, dan dia mengakui sengaja berurusan menerusi ‘DM’ supaya peniaga yang dihubungi perasan dengan jumlah pengikut yang dimiliki.

“Kenapa menerusi Instagram? Sebab dia tahu kalau orang (peniaga) tengok jumlah pengikut dia, orang akan automatik cakap ‘Sis, tak apalah awak tak payah bayar, tapi saya nak minta awak free review, boleh?’

“Dan dia kata kepada saya, ‘Makan ja, tak payah bayar pun sebab dia minta saya free review. Dan cuba teka apa? Rupa-rupanya memang cara geng-geng dia nakkan makan percuma,” dedahnnya di media sosial.

Kata wanita itu lagi, influencer berkenaan hanya berdiam diri jika ada dalam peniaga yang dihubungi meminta untuk membuat bayaran.

“Kalau orang tu suruh bayar, dia akan tiba-tiba tak balas mesej orang tu. Salah seorang kawan dia tak kenal saya, masa tu saya jual durian crepe. Dia buat benda sama dekat saya.

“Bila saya bagi nombor akaun, terus senyap sebab dia ingat saya akan cakap, ‘Tak apa, tak payah bayar tapi tolong review’. Tapi saya minta juga dia bayar, banyak cantik muka nak makan percuma,” katanya.

Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai malah ada juga yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Macam mana nak tahu siapa influencer tu, takut terkena juga,” soal seorang pengguna.

“Tapi tidak Uqasha Senrose ya, dia memang akan desak untuk dia bayar, tak mahu percuma. Kadang-kadang dia bayar lebih, kita yang segan,” ujar @hanaraihanah93.

“Berdasarkan apa yang kau cerita, aku tak nampak salah pun cara influencer tu. Dia sebenarnya tak makan percuma pun, dia kerja. Dia ‘review’ produk orang lepas dapat makanan tu. Apa yang percumanya? Tak faham ke konsep pertukaran nilai,” komen netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI