fbpx
Mohd. Alwi (tengah) menunjukkan barangan kes pada Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bagi Kontinjen Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD

Siasatan kes Datuk cederakan wanita dengan grip pistol selesai – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung kes lelaki bergelar Datuk yang disyaki mencederakan jurujual wanita dengan objek menyerupai grip pistol di Jalan Kelawai di sini 1 Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bulan lalu dan pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya.

“Kita cuma tunggu arahan TPR untuk tindakan lanjut,” katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Kontinjen Pulau Pinang di Stor Barang Kes Berpusat Kontinjen Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad memaklumkan suspek berusia 41 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, pada pukul 9.30 pagi 3 Jun lalu.

Siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku pada pukul 2.20 pagi itu dipercayai berpunca akibat pertelingkahan di jalan raya antara suspek dan mangsa yang berusia 28 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan serius di hidung dan mata selepas dipukul dengan objek dipercayai grip pistol sebelum membuat laporan polis pada petang hari kejadian,” katanya.

Susulan tangkapan itu, polis merampas sepucuk pistol, satu kelopak peluru serta buku lesen senjata dan peluru sebagai bahan bukti bagi siasatan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI