fbpx
MUHAMMAD JAILANI memberi makan anak ikan kelah dibelanya di Kampung Basung, Hulu Terengganu semalam.

Ikan kelah Jailani ‘terbang’ hingga ke Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Biar­pun tiada pendidikan dan sekadar belajar hingga tingkatan dua, seorang pemuda membuk­tikan kemampuan menjadi pe­ngu­saha benih ikan kelah ber­ja­ya.

Muhammad Jailani Mohd. Sa­bri, 25, berkata, bekalan anak ikan kelah diusahakan sejak dua tahun lalu bukan sahaja men­dapat sambutan dalam pa­­saran tempatan, malah berjaya dieksport hingga ke China, Hong Kong dan Thailand.

“Benih ikan kelah yang dieksport ke pasar luar negara ke­bia­saannya bersaiz antara 15 hing­ga 60 sentimeter.

“Buat masa ini, ia melibatkan kuantiti antara 100 hingga 200 ekor sebulan terutamanya untuk pasaran China,” katanya ketika ditemui di Kam­pung Ba­sung, di sini semalam.

Katanya, setiap ekor benih ikan kelah tersebut dijual pada harga antara RM150 hingga RM2,000 mengikut kuali­ti.

Katanya, anak ikan kelah yang diekport akan dipastikan benar-benar sihat dan tiba kepada pembeli termasuk ke luar negara dalam tempoh kira-kira 24 jam.

“Saya mula memberanikan di­ri terlibat dalam perusahaan pembenihan ikan kelah pada 2013 dengan bantuan abang ipar, Muhamad Ridhuan Abd. Rahim, 31, yang banyak membantu pemasaran.

“Kebanyakan bekalan diperolehi daripada penduduk kampung setempat pada Januari hingga Mac,” katanya.

Muhammad Jailani berkata, anak ikan kelah tersebut kemudiannya dibela di dalam aku­arium sebelum boleh dipasarkan apabila mencapai saiz ditetapkan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN