fbpx
Pencuri diberkas ketika sedang tidur lena di atas tilam sebuah rumah yang dipecah masuk. - Lambe Turah

Pencuri tertidur di rumah mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pencuri di wilayah Jambi dicekup selepas tertidur di atas tilam di rumah penduduk yang dipecah masuk, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Kejadian berlaku di Jalan Orang Kayo Hitam, Desa Sulanjana, Selasa lalu. 

Ketua Polis Jambi Timur, AKP Edi Mardi berkata, pencuri terbabit diberkas ketika tidur lena di dalam rumah mangsa. 

“Suspek pada awalnya tertidur di depan rumah. Dia tersedar sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) lalu memanjat pagar dan memecahkan pintu belakang. 

“Dia kemudian menyelongkar sebuah bilik tidur tetapi tidak menemui barang berharga. Kerana penat, dia tertidur di atas tilam,” kata Edi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI