fbpx
Kemalangan di simpang empat lampu isyarat pekan Guar Chempedak yang melibatkan kereta Perodua Axia dengan motosikal jenis Yamaha LC pada malam Isnin lalu.

Tiga hari bertarung nyawa, Nur Iman akhirnya pergi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Seorang remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu meninggal dunia malam tadi selepas empat hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekatsini.

Mangsa, Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi,16, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9 malam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Remaja itu dimasukkan ke HSB kerana kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri selepas motosikal Yamaha LC yang ditunggang dirempuh kereta Perodua Axia yang dikatakan melanggar lampu merah di simpang empat lampu isyarat pekan Guar Chempedak, di sini.

Kejadian berlaku pada pukul 9.10 malam ketika pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak 2 itu baru memulakan perjalanan dari Alor Setar menghala ke Gurun selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Secara tiba-tiba kereta Perodua Axia dipandu anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Yan dikatakan tidak berhenti di lampu isyarat dan melanggar mangsa yang berada di laluannya.

Rempuhan kuat itu menyebabkan anak kedua daripada empat beradik itu dan motosikalnya terperosok di bawah kereta. Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Mayat anak bekas anggota polis itu dibawa ke rumah keluarganya di Batu 18 dan dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Guar Chempedak, hari  ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI