fbpx
Tangkap layar komen ibu Tishant di TikTok berhubung kehilangan anaknya.

Ibu Tishant kemurungan ‘hilang’ anak, stabil di HSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Ibu kepada mendiang A. Tishant, 6, yang cuba membunuh diri pada malam Selasa lalu, kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, wanita berkenaan mengalami kemurungan atas kematian anak tunggalnya itu yang mayatnya dijumpai ditanam di kawasan di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.

Katanya, wanita itu yang dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru berjaya diselamatkan.

“Polis mengesahkan ibu mendiang Tishant yang dikatakan cuba membunuh diri dibenarkan keluar dari hospital pagi semalam. Dia kini dalam keadaan stabil,” katanya ringkas.

Sebelum ini, wanita tersebut pernah menyuarakan akan membunuh diri di ruangan komen akaun TikTok sebuah portal berita sekiranya apa-apa berlaku terhadap anak lelakinya itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI