fbpx
TANGKAP layar rakaman CCTV seorang kanak-kanak mengalami kecederaan selepas dipukul menggunakan tukul besi dalam kejadian di Flat Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Sabtu lalu.

[VIDEO] Lelaki pukul budak guna tukul besi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki diberkas polis polis selepas disyaki memukul seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam kejadian di Flat Ungku Tun Aminah di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Johor Bahru kira-kira pukul 7.25 petang pada hari sama kejadian.

Menurutnya, polis memberkas suspek selepas mengesan rakaman video yang dimuat naik di media sosial, yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun mengalami pendarahan di kepala.

“Pada 26 Julai atau Sabtu lalu pada pukul 5.19 petang, Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa bahawa anak perempuannya diserang oleh seorang lelaki menggunakan senjata iaitu sebatang tukul besi di kawasan Flat Ungku Tun Aminah, di sini.

“Bertindak atas maklumat, pada hari sama, pada pukul 7.25 petang, sepasukan polis berjaya menahan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di kediamannya di sekitar kawasan Johor Bahru,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Balveer Singh berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Mangsa parah membabitkan koyakan kulit di bahagian kepala serta bengkak pada tangan kanan akibat serangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2.19 saat yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di bahagian bawah sebuah flat, sebelum seorang kanak-kanak meraung kesakitan dengan kepalanya dilihat berlumuran darah melarikan diri menaiki lif.

Mengulas lanjut, Balveer Singh berkata, hasil semakan mendapati suspek memiliki pelbagai rekod kesalahan lampau jenayah termasuk dadah, dan pemeriksaan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif syabu.

Jelasnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu hingga 2 Ogos 2025.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau benda lain-lain yang berbahaya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI