fbpx
Pedro Fernandez meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Vissel Kobe semalam. - Foto ihsan Barcelona

Penyerang kacukan Filipina-Sepanyol aset baharu Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Pemain berdarah kacukan Filipina dan Sepanyol, Pedro Fernandez memulakan langkah cemerlang bersama skuad utama Barcelona apabila meledak gol pada penampilan sulung ketika aksi persahabatan menentang Vissel Kobe, semalam.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Jepun sebagai sebahagian daripada siri jelajah pramusim Asia, skuad bimbingan Hansi Flick meraih kemenangan 3-1, namun tumpuan utama jelas tertumpu kepada Fernandez yang baru berusia 17 tahun.

Meskipun hanya diturunkan selama 13 minit, pemain lulusan akademi terkenal La Masia itu pantas mencuri perhatian apabila menjaringkan gol dan menunjukkan prestasi memukau di barisan serangan.

“Sungguh luar biasa. Saya sangat gugup ketika masuk, tetapi peluang pertama jatuh kepada saya dan ia masuk. Saya sangat gembira dan kini tiba masanya untuk meneruskan,” katanya.

Dilahirkan di Galicia, Sepanyol, Fernandez memiliki dua kerakyatan menerusi darah Filipina daripada ibunya dan Sepanyol melalui bapanya.

Dia juga pernah mewakili skuad bawah 15 tahun (B-15), (B-16) dan (B-17) Sepanyol sebelum ini.

Menurut Fernandez, pengalaman turun bersama skuad utama adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan.

“Ini adalah kali pertama saya bersama kelab terbaik di dunia dan sangat gementar. Hansi (Flick) menenangkan saya sedikit, begitu juga rakan sepasukan. Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberi dan kini mahu terus fokus,” ujarnya lagi.

Musim lalu, Fernanedz beraksi hampir sepanjang musim bersama skuad Juvenil B Barcelona, namun kini namanya mula disebut-sebut antara prospek masa depan kelab Catalan itu.

Aksi menentang Vissel Kobe menandakan permulaan yang positif buat Fernandez yang kini sedang berlatih bersama skuad utama dalam kempen pramusim kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI