fbpx
Dua gerabak tergelincir dari landasan. - Avalon.red

4 maut kereta api tergelincir di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila sebuah kereta api tergelincir di kawasan hutan di Jerman, menyebabkan dua gerabak terkeluar daripada landasan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Tren  itu membawa kira-kira 100 penumpang, dengan sebilangan mereka  cedera parah, kata polis.

Helikopter penyelamat tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas nahas berlaku untuk mengangkut mangsa yang cedera ke hospital berdekatan, lapor stesen televisyen tempatan, SWR.

Kereta api itu berada pada laluan kira-kira 90 kilometer di antara bandar Sigmaringen dan Ulm ketika nahas berlaku pukul  6.10 petang (waktu tempatan) semalam.

Seorang jurucakap Polis Stuttgart memberitahu akhbar Bild: “Dua gerabak kereta api Deutsche Bahn Regional Express tergelincir.”

Punca nahas masih disiasat, demikian menurut pengendali kereta api.

Namun, laporan mengatakan bahawa tanah runtuh mungkin mencetuskan nahas kerana kawasan laluan dilanda ribut kencang sebelum kejadian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI