fbpx

Sapura Energy raih kontrak lebih RM500 juta di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (SEB) bersama anak syarikatnya memenangi dua kontrak daripada pelanggan jangka panjang di Thailand, dengan gabungan nilai melebihi RM500 juta.

Kontrak tersebut diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, Sapura Energy (Thailand) Limited untuk kempen pemasangan dan pengalihan luar pesisir; serta perkhidmatan pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan (IRM) dasar laut.

Kontrak pemasangan dan pengalihan, yang dianugerahkan oleh Chevron Thailand Exploration and Production Ltd. dan Chevron Offshore (Thailand) Ltd. akan dilaksanakan oleh Pasukan Pembinaan & Kejuruteraan Kumpulan, dijangka siap pada penghujung 2026.

Sementara itu, perkhidmatan IRM dasar laut dianugerahkan oleh PTT Exploration and Production Public Company Limited, dengan skop kerja terdiri daripada operasi menyelam untuk kemudahan di projek G1/61 dan G2/61.

Operasi berkenaan dilaksanakan oleh segmen perniagaan Operasi & Penyelenggaraan Kumpulan, menggunakan kapal pembinaan dasar laut SEB dan telah dimulakan pada suku tahun kedua 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Muhammad Zamri Jusoh berkata, penganugerahan tersebut dibina atas perkongsian jangka panjang SEB dengan pelanggan di Thailand, memandangkan rekod prestasi Kumpulan yang terbukti untuk kempen luar pesisir serupa di negara itu.

“Ia juga menunjukkan strategi pembidaan kami untuk projek yang sejajar dengan selera risiko, keupayaan teras, dan kecekapan penggunaan kapal Kumpulan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN