fbpx

‘Umi Wan, Tok Ayah doakan Ayden cepat sembuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah mendoakan cucunya, Ayden Adrean yang mengalami kecederaan pada bahagian kening baru-baru ini.

Menurutnya, dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut sehari semalam selain berharap Ayden segera pulih daripada kecederaan yang dialami.

“Al-Fatihah, masya-Allah baru mendapat berita.

“Umi Wan dan Tok Ayah doakan semoga cucu kami Ayden Adrean Md Aliff cepat sembuh dan kembali sihat, amin,” katanya dalam InstaStory.

Bella bagaimanapun tidak berkongsi lanjut keadaan terkini dan punca Ayden cedera.

Terdahulu, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah pada Isnin lalu berkongsi momen cemas apabila Ayden terjatuh dan mengalami luka di bahagian kening.

Dalam hantaran sama, Bella turut menitipkan pesanan buat para ibu bapa di luar sana agar sentiasa hadir dalam kehidupan anak-anak.

Selain Ayden, Bella juga memiliki anak perempuan iaitu Ara Adreana yang kedua-duanya hasil perkongsian hidup bersama penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sebelum mereka disahkan bercerai tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN