fbpx
Gambar hiasan

Terperdaya dua skim pelaburan, peniaga rugi RM2.27 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Seorang peniaga berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM2.27 juta selepas terperdaya dengan dua skim penipuan dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian pertama bermula pada 23 Februari lalu apabila mangsa yang merupakan lelaki berumur 45 tahun tertarik dengan iklan pelaburan di internet.

“Mangsa kemudiannya berhubung dengan individu dikenali sebagai Helen melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa kemudian diminta memuat turun satu aplikasi dan menyertai satu kelas pelaburan dalam talian melalui satu pautan diberi.

“Mangsa membuat 18 transaksi berjumlah RM1.8 juta ke enam akaun bank antara 14 Mei hingga 15 Julai 2025 dan pada 16 Mei 2025 mangsa menerima pulangan sebanyak RM20,669 yang menyebabkan beliau yakin dan terus melabur,”katanya di sini hari ini.

Katanya, pada 22 Julai lalu mangsa diminta membuat bayaran tambahan RM88,000 untuk proses pengeluaran cepat menyebabkan mangsa berasa ragu-ragu dengan skim pelaburan berkenaan.

“Mangsa enggan dan semakan di portal Semak Mule menunjukkan akaun bank terlibat mempunyai rekod jenayah,”katanya.

Dalam pada itu katanya, dalam kes kedua melibatkan mangsa sama bermula pada Februari lalu selepas melihat satu skim pelaburan dalam satu aplikasi sebelum berurusan melalui WhatsApp.

Katanya, mangsa kemudian diarahkan memuat turun satu aplikasi kononnya untuk mengikuti kelas pelaburan dan seterusnya mangsa telah melakukan sebanyak 13 transaksi berjumlah RM440,000 antara 23 Februari hingga 21 Mei 2025.

“Dalam kes ini tiada sebarang pulangan diterima malah mangsa diminta membayar “cukai” sebanyak 20 peratus untuk pengeluaran.

“Mangsa enggan dan mengesyaki telah ditipu dan siasatan mendapati wang pelaburan diperoleh daripada simpanan sendiri dan pinjaman rakan-rakan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN