fbpx
Sebahagian daripada kucing yang menjadi mangsa pengabaian oleh pengusaha rumah perlindungan haiwan di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan. - Foto IHSAN MPM

130 ekor kucing diabai di sebuah rumah perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Sebanyak 130 ekor kucing dikesan menjadi mangsa pengabaian oleh pengusaha sebuah rumah perlindungan haiwan secara haram di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) di sini.

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam kenyataannya berkata, mereka dengan kerjasama Jabatan Veterinar Daerah Manjung serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kawasan perumahan itu telah melaksanakan pemeriksaan berhubung itu tersebut di premis berkenaan semalam.

Katanya, tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan itu dilakukan susulan aduan berhubung isu pemeliharaan kucing dalam jumlah yang besar di sebuah premis rumah kedai di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 130 ekor kucing telah dipelihara di dalam sebuah premis tertutup tanpa kelulusan lesen.

“Keadaan premis didapati sesak, tidak menepati standard kebajikan haiwan dan berpotensi mengundang kacau ganggu kepada penduduk sekeliling dari aspek kebersihan dan bau tidak menyenangkan,” katanya di sini hari ini.

MPM berkata, susulan daripada pemeriksaan tersebut, satu notis bertempoh 14 hari telah dikeluarkan kepada pemilik premis atas kesalahan mengendalikan tempat penginapan haiwan peliharaan tanpa lesen selaras dengan syarat keluasan premis kurang daripada 93 meter persegi.

“Turut dikeluarkan ialah kompaun berjumlah RM250 di bawah peruntukan Undang-undang Kecil sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI