fbpx
Salah satu bot pelancong yang ditahan APMM dalam operasi penguatkuasaan di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus semalam.

Tujuh bot pelancong Pulau Redang langgar SOP ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Tujuh bot yang membawa pelancong Pulau Redang ditahan Maritim Malaysia (APMM) semalam atas pelbagai kesalahan kerana melanggar peraturan operasi yang ditetapkan Jabatan Laut.

Kebanyakan bot pelancong yang ditahan membawa penumpang melebihi had dibenarkan.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, salah sebuah bot yang ditahan didapati membawa sehingga 42 penumpang bagi perjalanan sehala.

“Perbuatan itu bukan sahaja melanggar prosedur operasi standard (SOP), malah mengabaikan aspek keselamatan penumpang. Pengabaian ini bukan kesalahan kecil,” katanya di sini hari ini.

Hamiludin berkata, antara kesalahan lain yang dikesan adalah lesen operasi bot tamat tempoh, dikendalikan nakhoda lain yang tidak dinamakan dalam lesen dan tidak memiliki senarai penumpang.

Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap 14 nakhoda dan kru bot pelancong terlibat. Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN