fbpx

IPU Nilai meningkat, dua kawasan di Selangor catat bacaan tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasil tinjauan di beberapa perniagaan sekitar Nilai 3, Negeri Sembilan lokasi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 162 setakat pukul 2 petang ini. - Foto ASWAD YAHYA / KOSMO!

PETALING JAYA – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Nilai, Negeri Sembilan yang sebelum ini merekodkan bacaan 159, meningkat kepada 164 setakat pukul 2 petang ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (154) dan Banting (154) manakala Putrajaya (119).

Sementara itu, sebanyak 58 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Antaranya termasuk Kota Tinggi, Johor (59), Seri Manjung, Perak (73), Petaling Jaya, Selangor (86) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (94).

Dalam pada itu, hanya enam kawasan mencatatkan bacaan IPU tahap baik iaitu di Sabah dan Sarawak.

Bagi Sarawak, kawasan terlibat ialah Serian (50), Sibu (46), Samarahan (42) dan Sri Aman (37), manakala di Sabah pula ialah Tawau (50) dan Kimanis (48). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI