fbpx
ANTARA busana indah yang dipakai Siti Nurhaliza semasa konsert Violet Skies di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

K2

Dihiasi batu permata, sequin, gemerlapan busana ‘langit violet’ Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAAT Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil di atas pentas konsert Violet Skies tempoh hari, kemilaunya mempesona tiap mata yang memandang. 

Selain suara merdu, Siti juga memukau seluruh penonton dengan persalinan yang elegan, mencerminkan dirinya sebagai seorang Biduanita Negara. Penulis antara ribuan yang hadir ke konsert di tanah tinggi itu.

Mengenakan enam persalinan pada konsert yang berlangsung selama dua hari di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang itu, Siti menyerlah dengan persalinan yang dihasilkan tiga pereka tempatan iaitu Ezuwan Ismail, Samm Republic dan Ashraff Zainal.

Menurut Siti, bagi rekaan busana persembahan, dia menyerahkan tugas itu kepada kreativiti setiap pereka fesyen selepas mengadakan perbincangan dan penerangan segmen-segmen di konsert tersebut.

“Saya berbincang dengan pereka fesyen setiap segmen dan lagu yang akan saya nyanyikan serta pergerakan bersama penari.

“Menerusi maklumat ini, pereka fesyen akan mereka pakaian mengikut tema, warna serta keselesaan semasa membuat persembahan,” katanya ketika dihubungi CitaRasa baru-baru ini.

Bagi para pereka pula, idea dan inspirasi setiap rekaan mereka adalah untuk menonjolkan pelantun lagu Azimat Cinta itu dengan gemerlapan dan standardnya sebagai seorang biduanita.

Busana Ezuwan yang dipenuhi batu permata dan arca kain dibentuk menggunakan dawai nipis.

Kongsi Ezuwan, dia menekankan rekaan dengan potongan bersih (clean cut) dan perincian (embellishment) batu-batu permata serta sequin (labuci).

“Saya sudah lama bekerjasama dengan Siti Nurhaliza untuk konsert atau persembahan pentas dan setiap kali menghasilkan baju, selain mengikut konsep yang diberikan, inpirasi saya adalah untuk membuat beliau menyerlah di atas pentas.

“Bagi rekaan kali ini, saya hasilkan sut hitam penuh dengan menggunakan fabrik berlabuci yang digayakan bersama hiasan kepala berbentuk reben buat segmen pertama di hari pertama yang banyak diisi lagu-lagu rancak dan pergerakan tarian,” ujarnya.

Tambahnya, pada hari kedua pula dia menghasilkan gaun yang dipenuhi perincian batu-batuan permata dan arca kain dibentuk menggunakan dawai nipis yang dijahit satu per satu.

Dikenali dengan identiti pakaian penuh dengan perincian, Ezuwan mengambil kira berat pakaian yang menjadi elemen utama dalam keselesaan.

Oleh demikian dalam hasilkan pakaian yang selesa dipakai dan tidak berat, dia menggunakan fabrik yang lebih ringan meskipun ia penuh dengan perincian.

Gaun rekaan Ashraff Zainal memberi efek magis dan kayangan.

Buat Ashraff pula, dia turut membuat rekaan yang meletakkan penyanyi itu di liga biduanita dan gemerlapan di atas pentas.

“Bagi rekaan untuk konsert kali ini, saya hasilkan gaun buat segmen ketiga hari pertama dan sut penuh untuk segmen pertama hari kedua.

“Bagi kedua-dua rekaan saya menekankan elemen minimalis, elegan tetapi perlu ada statement pada setiap rekaan, perincian seperti sequin untuk sut dan hiasan tiga dimensi pada gaun memberikan satu kesan khas umpama magis serta kayangan,” kongsinya.

Sementara itu, pendekatan Sam bagi busana rekaannya kali ini lebih menjurus konsep artistik bersesuaian tema langit senja yang magis dengan warna ungu sebagai simbol keanggunan, emosi mendalam dan seni.

“Saya hasilkan dua gaun buat Siti yang menyerlahkan kombinasi tema violet dengan susunan kelopak bunga, kilauan labuci dan reka bentuk feminin.

“Setiap busana ini beri efek pancaran cahaya bagai langit berwarna ungu di waktu senja dengan siluet berstruktur dan potongan tepat membingkai postur penyanyi legenda itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN