fbpx

Jho Low didakwa guna nama lain, tinggal di Shanghai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Jho Low (tengah). - Foto AFP

BEIJING – Bekas ‘playboy’ yang dikaitkan dengan skandal rasuah syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jho Low didakwa tinggal dengan menggunakan nama Constantinos Achilles Veis di sebuah kejiranan mewah di kota raya Shanghai, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Menurut wartawan akhbar The Wall Street Journal, Bradley Hope dan Tom Wright, Low tinggal di sebuah rumah besar di Green Hills, kawasan yang sangat mewah di Shanghai.

Dalam penstriman langsung baru-baru ini dengan tajuk bermaksud ‘Finding Jho Low’ ,Hope dan Wright mendedahkan perkara tersebut  berdasarkan bukti daripada pelbagai sumber dan dokumen yang baru ditemui.

Menurut mereka, Low menggunakan pasport Australia palsu.

Mereka berkata, dia menggunakan nama Constantinos Achilles Veis untuk menyembunyikan identiti sebenar semasa bergerak di sekitar China.

Selain itu, mereka mendakwa bahawa Low kini bertindak sebagai ahli strategi belakang tabir untuk pemerintah China, membantu syarikat negara tersebut yang disekat dalam mengharungi cabaran global.

Sejak skandal rasuah mula terbongkar pada 2015, Low menjadi buruan, pada mulanya dipercayai berada di Taiwan, sebuah pulau tanpa perjanjian ekstradisi dengan Malaysia atau Amerika Syarikat (AS).

Low yang berada di tengah-tengah skandal penyelewengan lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) melibatkan dana pembangunan 1MDB Malaysia, didakwa menggunakan dana yang dicuri untuk membeli hartanah mewah di AS, hasi; seni, jet peribadi dan kapal layar super.

Dia juga menyukai Hollywood, terutamanya menjalin hubungan rapat dengan aktor Leonardo DiCaprio yang membintangi filem keluaran tahun 2013, The Wolf of Wall Street.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa filem tersebut dibiayai dengan wang Malaysia yang diselewengkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI