fbpx

‘Jangan buat spekulasi, kami harap Ija selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menenangkan ahli keluarga Ija Nazaruddin di lokasi penemuan kereta Perodua Axia terjunam di Sungai Tui, Bukit Kepong, Muar semalam.

MUAR – Keluarga pempengaruh permotoran yang dilaporkan hilang selepas kereta Perodua Axia terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong di sini Isnin lalu berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Adik mangsa, Aziz Tengku Zainudin, 30, berharap agar orang ramai berhenti membuat kenyataan bahawa Tengku Nizaruddin, 38, atau dikenali sebagai Ija Nizaruddin sudah meninggal dunia.

Jelasnya, mereka sekeluarga masih berharap Ija Nazaruddin ditemui dengan selamat.

“Jangan kata abang saya sudah meninggal dunia, dia masih belum ditemui. Kami sekeluarga memohon orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehilangan Ija dan dia belum lagi meninggal dunia seperti yang dinyatakan warga maya semalam.

“Biarlah pihak berkuasa membuat pencarian dan penyiasatan secara telus dan saya memohon orang ramai doakan yang terbaik buat abang saya sehingga dia ditemui,”katanya ketika dihubungi hari ini..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI