fbpx

Dadah Kelantan: Tahniah atas serbuan hebat, saya ‘salute team’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution menyampaikan ucapan semasa hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi sokongan kuat kepada Bukit Aman khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam membanteras isu dadah di Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau secara peribadi bangga dengan pencapaian dan kejayaan pasukan itu dalam melumpuhkan beberapa sindiket dadah di negeri itu baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya mahu JSJN melakukan sedaya supaya bagi membanteras isu dadah di Kelantan kerana ia satu tindakan betul menyelamatkan anak muda dan masyarakat akan datang.

“Tahniah di atas serbuan yang hebat di Kelantan baru baru ini, saya salute (tabik) kepada team (pasukan serbuan JSJN).

“Saya ikuti sidang media (rampasan dadah). Alhamdulillah. Tangkapan pertama, kedua dan banyak lagi,” katanya ketika berucap pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Saifuddin berkata, beliau sendiri telah turun ke Kelantan baru-baru ini secara ‘diam’ bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kes dadah di negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI