fbpx

Agong kurnia warkah penghargaan dan cenderamata kepada Zailani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Zailani di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap dan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Datuk Zailani Hashim.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, Zailani yang merupakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara akan bersara daripada perkhidmatan awam pada 18 Julai ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Zailani.

“Setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan khidmat bakti sepanjang bertugas sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak 2024,” kata laman Facebook tersebut hari ini.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, jawatan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara disandang oleh Tan Sri Dr. Azmi Rohani sejak 1 Julai lalu.

Jelas laman Facebook berkenaan, Azmi sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI