fbpx

Zahid lawat komuniti Maori, perkasa Orang Asli Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid diberi peluang untuk melihat sendiri aktiviti masyarakat Maori di New Zealand hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri sesi Meja Bulat Perniagaan Maori di Rotorua sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke New Zealand.

Sesi itu mempertemukan dua komuniti peribumi iaitu masyarakat Maori dan Orang Asli Malaysia dalam usaha memperkukuh kerjasama serta memperkasa peranan masyarakat asal di kedua-dua negara.

Menurut Zahid, beliau telah membentangkan pelbagai inisiatif kerajaan termasuk semakan semula Akta Orang Asli 1954.

Malah beliau turut pengukuhan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), galakan keusahawanan serta cadangan mewujudkan Program Pertukaran Belia Peribumi Malaysia–New Zealand.

“Insya-Allah, saya akan memberi tumpuan untuk menubuhkan Majlis Perniagaan Orang Asli.

“Kita akan memperluas pembiayaan mikro kredit melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta mewujudkan Pusat Produk Orang Asli di Alor Gajah sebagai hab pemasaran nasional,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha membangunkan komuniti peribumi bukan sekadar untuk pemeliharaan warisan, tetapi sebagai satu agenda pemerkasaan dan pemartabatan jati diri bangsa.

“Daripada Rotorua ke Melaka, kita bangunkan jati diri peribumi bukan sekadar dipelihara, tetapi diangkat dan dimartabatkan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI