JAKARTA – Seorang pemilik warung di Indonesia terkejut apabila sampul berisi wang kertas sebanyak 2 juta rupiah (RM523) hilang secara misteri, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian aneh itu berlaku pada waktu tengah malam.
Pemilik warung berkata, sampul yang diletakkan atas kaunter pembayaran itu mengandungi gaji pekerja kateringnya.
“Saya akan meletakkan gaji mereka di dalam sampul pada setiap tanggal 9 hari bulan untuk diserahkan keesokan harinya,” katanya.
Kecurian itu terbongkar selepas dia melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).
Dia mendapati pelaku sebenar bukanlah manusia, malah seekor kucing berwarna hitam.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sampul itu disukai kucing kerana bau ikan,” kata seorang netizen. – AGENSI