fbpx

‘Ummi bagi ‘green light’, UAI kena terus terang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gurauan nakal isteri pertama kepada penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di laman Instagram yang seolah-olah memberi 'green light' kepada suaminya untuk berkahwin lagi menarik perhatian netizen.

PETALING JAYA – Gurauan nakal isteri pertama kepada penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di laman Instagram yang seolah-olah memberi ‘green light’ kepada suaminya untuk berkahwin lagi menarik perhatian netizen.

Hantaran tersebut dibuat oleh isteri pertama UAI iaitu Rohayah Sulong atau dikenali sebagai ummi_rogayah.

“Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, jangan duk sebut nok kawen (kahwin) lagi.

“Pesanan dari penaja, doksoh (tak usah) duk sebut-sebut sangat lahh, kabo (beritahu) je teruhhh (terus),”tulis rogayah atau lebih mesra dipanggil ummi.

Berdasarkan hantaran secara berpantun itu, rata-rata netizen berseloroh dengan ummi dengan memberitahu bahawa UAI telah mendapat ‘lampu hijau’ untuk berkahwin lagi.

“Untung ustaz awal-awal dah dapat ‘green light’,”komen zers13.

“Wanita solehah, nakal juga pesanan penaja ni, kalau abi (UAI) tak faham, tak tahulah,”tulis marlissaghazali.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai the_snz84.

“Lesen beso (besar), bereh selalu,”ujarnya.

Untuk makluman, ketika ini UAI mempunyai tiga isteri, Rogayah isteri pertama, kedua,
Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor dan ketiga, Khairul Izyan Mohamed Amin Khir.

Hasil perkahwinan UAI bersama tiga isteri itu, beliau telah dikurniakan 12 anak yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima perempuan.

Bagiamanapun, difahamkan UAI telah bercerai dengan salah seorang isterinya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI