fbpx

Kerajaan cari solusi terbaik elak pegawai perubatan berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman pada Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Hari Tuberculosis Peringkat Negeri Johor 2025 di IOI Mall, Bandar Putra, Kulai, Johor. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KULAI – Kerajaan akan mencari solusi terbaik termasuk menambah baik sistem penjawatan dan kebajikan petugas kesihatan bagi mengelakkan pegawai perubatan tempatan berhijrah ke luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, langkah ini bagi memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik buat pegawai perubatan berkenaan.

Katanya, langkah itu penting memandangkan jururawat dan doktor di negara ini yang sering ‘dilamar’ hospital dan syarikat perubatan dari Singapura yang menjamin gaji yang lebih lumayan.

“Saya lihat isu mengenai kedatangan syarikat ataupun hospital-hospital Singapura ke Malaysia untuk menarik doktor-doktor tempatan merupakan cabaran memandangkan ini adalah pasaran terbuka.

“Kerajaan akan tetap mempertahankan kerana untuk menghasilkan pegawai perubatan ataupun graduan perubatan ini bukan percuma, kita berikan subsidi,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau dan Hari Tuberculosis Sedunia, di IOI Mall, di sini hari ini.

Lukanisman berkata, isu ‘on-call’, kelelahan, buli di hospital serta aspek kebajikan petugas kesihatan kini diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan dalam memberi keselesaan kepada mereka di tempat kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI